Ke Manakah Hala Tuju BTC? Ini 3 Indikasi Perlu Dipertimbangkan ‘Trader’!

1,318

Sejak beberapa hari lalu, harga Bitcoin cuba membuat pemulihan dan bangkit daripada bawah paras harga $29,000 kepada paras harga melebihi $32,000 pada hari Selasa. Walaubagaimanapun, para pelabur dan pedagang tidak memiliki keyakinan yang memuaskan menyebabkan ramai yang cuba mengambil keuntungan di paras tersebut sehinggakan pemulihan tersebut terbantut. Hal ini telah mendorong harga BTC ke paras di bawah $30,000 kembali setakat hari ini.

Penganalisis daripada CryptoQuant iaitu firma penyelidikan mata wang kripto mendedahkan ada beberapa indikasi yang perlu diperhatikan oleh para pelabur sebelum mengambil posisi. Indikasi ini menghadirkan sifat hati-hati dalam kalangan pelabur mengenai pemulihan BTC selanjutnya.

1. Rizb pertukaran di Bursa Kripto dagangan spot meningkat.

Kebiasaannya, BTC yang dipegang di bursa adalah lebih mudah untuk dicairkan berbanding dengan yang disimpan dalam ‘cold wallet’. Atas dasar ini, penganalisis menganggap jumlah BTC yang tinggi yang dipegang di bursa sebagai tanda kebimbangan.

img1_cryptoquant

Seperti yang dilihat dalam carta di atas, bilangan bitcoin di bursa meningkat bersama-sama dengan kenaikan harga semasa. Ini adalah petanda jelas bahawa pemegang mempunyai sedikit keyakinan dalam fasa pemulihan ini. Tambah pula, ia juga menunjukkan bahawa pemegang kripto mula menjual dan bukan memegang untuk peningkatan selanjutnya.

2. Kelompok ‘Whale’ tidak menyokong lonjakan

CryptoQuant menyatakan bahawa nisbah ‘Whale’ dalam pertukaran spot sangat aktif di zon amaran.

Ditambah dengan fakta bahawa bekalan UTXO dengan “baki lebih $1 juta dan antara $1 juta – $100 juta tidak mendapat sebarang langkah positif. Ini memberi indikasi bahawa ‘Whale’ tidak menyokong peningkatan terbaru ini.

3. Aliran kasar (Netflow) spot tidak menyakinkan.

Jika rizab pertukaran spot menunjukkan berapa banyak bitcoin yang dipegang di bursa, namun aliran kasar spot pula mendedahkan berapa banyak bitcoin yang mengalir masuk dan keluar. Jika jumlah aliran masuk lebih besar daripada jumlah aliran bersih, maka ia menatijahkan aliran bersih yang positif dan ini dianggap ‘bearish’ kerana para pelabur berkemungkinan memindahkan pegangan ke bursa untuk menjualkannya.

3 indikasi di atas adalam pertimbangan yang dikongsikan oleh CryptoQuant namun jika di telusuri, ada juga penganalisis yang berpandangan ada potensi untuk melonjak lebih lanjut dengan kriteria tertentu iaitu Bitcoin dapat mempertahankan paras sokongan $29,553.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat