Kemelesetan Pada 2023 Adalah Kebimbangan Yang Melampau!

324

‘Asyik digembar-gemburkan kemelesetan, sampai takut dunia.’

Sedang dunia kecoh dengan prospek kemelesetan, RHB Investment Bank Research mengatakan kebimbangan itu adalah sesuatu yang melampau dan pasaran sedang menetapkan arah untuk bullish.

Asas itu dibentangkan RHB dalam satu laporan yang memperlihatkan firma menambah peruntukan aset global untuk 2023 dalam ekuiti, pendapatan tetap pasaran dan tunai.

Dalam laporan sama RHB juga meletakkan unjuran bahawa pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) kini sedang memperlihatkan momentum awal bullish.

Jelasnya, USD sudah capai ke paras kemuncak sejak Disember 2020 dan greenback dijangka akan menyusut berbanding sejumlah mata wang Asia lain menjelang 2Q2023-4Q2023.

Atas faktor itu firma mengeluarkan unjuran pasaran Dow Jones dijangka mencetak lantunan sekitar 10-15% pada 2023, selain menyokong pembelian di India semasa penurunan dan menjual di China semasa rali.

Turut dinyatakan bahawa pasaran Asia Tenggara pada 2023 akan terus kekal berdaya saing dengan rakan serantaunya.

Bagi menepis dakwaan kemelesetan, firma meramalkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (GDP) Asia Tenggara akan memperlahan pada 1H23 sebelum memulih pada separuh ke-2 2023.

Ketahanan pasaran buruh, dasar fiskal baru dan dasar monetari yang longgar serta pertumbuhan di AS akan menjadi pemangkin utama aktiviti ekonomi global pada 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat