Kenapa News di Forex Factory Merah, Tapi Kadangkala Tiada Kesan Pun? Puncanya Confirm Buat Korang Terkejut.

16,109

News di Forex Factory tu banyak. Kadang-kadang kita tengok news merah, tapi impak tak sebesar mana pun. Kadang-kadang tengok news warna orange, tetapi effect besar pula pada market.

Selepas kecewa sebab tak faham, ramai sudah mula abaikan news-news tersebut dan trade macam biasa ikut teknikal analisis semata-mata. Tiba-tiba tak sedar yang haritu ada news yang penting. Niat nak scalping, terus jadi floating berlayer-layer. Kecewa. Ada yang biasa jadi macam ni tak?

Ramai forex trader tak dapat nak bezakan news yang bagi impak kuat, news mana penting, news mana short term effect, news mana long term effect, news mana penggerak sentimen pasaran. Ada yang tertanya-tanya tak macam mana nak tahu news-news yang penting di forex factory tu?

Ok, sila baca sehingga habis, tips yang nak kongsikan ini..

Kebanyakan news-news berjadual yang penting adalah berkaitan dengan :-
-Interest Rates
-Data Pekerjaan macam unemployment claim, payroll, earning
-Ucapan dari Fed Chair, Gabenor Bank,
– Inflasi CPI
– GDP

News berjadual ini adalah economic news yang dijadualkan release pada minggu tersebut. Berbeza daripada news-news geopolitik macam pilihan raya, perang dan sebagainya.

Jadi kalau dalam minggu tersebut, terdapat news-news berikut, perlu ambil perhatian kerana ia adalah sentimen yang menggerakkan pasaran pada minggu tersebut. Kadang-kadang kita lihat, pair-pair tertentu (major pair) tak bergerak atau sideway, semuanya sebab tunggu news-news tersebut lah untuk release.

News yang paling memberikan kesan dalam pasaran adalah news yang berkaitan dengan “inflasi”. Ini sebab inflasi adalah fokus utama bank-bank pusat yang hendak menaikkan kadar faedah (Interest Rate). Jadi news-news yang menyumbang kepada kenaikan dan penurunan inflasi macam data pekerjaan, data gaji, jobless akan beri kesan yang lebih kuat berbanding news Manufacturing, GDP dan sebagainya.

Untuk Euro, haa yang ni peminat EUR perlu ambil perhatian. News-news data daripada Negara German yang paling kuat untuk bagi effect pergerakan EUR. Kerana dalam Euro, buat masa ini pemegang terbesar pengaruh dalam ekonomi Eropah adalah German. Jadi kalau news-news German dijadualkan ada pada minggu tersebut, jangan abaikan.

Satu lagi tips, jika apa-apa data bakal release pada minggu tersebut, anda perlu banyak membaca apa yang diulas oleh di INTRADAY.my – semua sudah diulas dengan padat dan up to date bila dah dekat nak sampai hari news itu diumumkan.

Semua artikel di INTRADAY.my sebenarnya anda akan lebih mudah faham dan boleh guna maklumat ini untuk trading dengan mudah jika anda sudah habis baca Buku Analisis Fundamental Untuk Forex Trader.

Untuk yang asyik tanya pulak, kenapa result news hijau tapi price tak gerak dan sebagainya? Ok sambung baca di bawah!

Katakan news tersebut Actual > Forecast = Good for currency.

Katakan previous data 50. Forecast data bernilai 60. Dan news tersebut bakal release hari Rabu. Awal-awal minggu, anda sudah nampak strong lain macam pada currency berkenaan. Ini bermakna, trader sedang react pada data forecast, mereka bertindak atas data forecast(ramalan).

Tiba-tiba release data ialah bernilai 61. Jadi nilai tersebut lebih kurang dengan forecast, dan sudah ramai trader memang sudah jangka dan react terhadap data pada awal minggu lagi. Ini akan akibatkan tiada jangkaan baru. Trader tak suprise pun. Jadi walaupun warna data keluar pada Forex Factory adalah HIJAU, tetapi trader tak suprise.

Akibatnya, mungkin ada big trader mula menjual balik pegangan dalam currency tersebut sebab tak suprise dengan data yang keluar yang tak gah sangat. Jadi akan akibatkan currency tersebut melemah dengan cepat. Jadi anda perlu sentiasa perhatikan reaksi trader pada awal minggu tersebut.

Inilah sebab anda lihat, kenapa news HIJAU, tetapi currency tersebut lemah pulak. Hairan ni. Ini lah jawapannya.

Masih keliru atau kurang faham? Jangan pening kepala, gusar atau gundah gulana. Di INTRADAY.my sudah disediakan ulasan analisis fundamental spesifik mengikut matawang hampir setiap hari trading.

Semua ditulis dalam gaya bahasa senang mudah faham. Bahasa Melayu. Jadi tak perlu pening-pening. Dicadangkan jika anda mula berjinak-jinak belajar tentang news, boleh mula baca satu persatu ulasan setiap minggu dan juga artikel harian dan bermula dari sana.

Klik SHARE di facebook, agar ilmu-ilmu forex ini segera dihebahkan kerana komuniti trader kita sekarang dahagakan ilmu-ilmu yang berkualiti. Kita cuba yang terbaik untuk meningkatkan professionalism dalam diri semua forex trader.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat