Keputusan RBA Buat Pelabur Kecewa?

187

Reserve Bank of Australia (RBA) membiarkan kadar faedah tidak berubah di tahap terendah 0.10% pada mesyuarat polisi sesi Jun yang berlangsung hari ini.

Para pembuat dasar menegaskan kembali komitmen mereka untuk mengekalkan dasar monetari semasa yang sangat longgar sehingga sekurang-kurangnya tahun 2024 iaitu di mana inflasi sebenar berada dalam sasaran 2 hingga 3%.

Bank pusat turut mengatakan bahawa ia menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat 4.75% pada tahun ini, dan 3.5% pada 2022, disokong oleh langkah fiskal dan dasar monetari yang sangat akomodatif.

Sementara inflasi pula diramalkan mencatat peningkatan sementara di atas 3% pada suku kedua, berdasarkan pembalikan beberapa pengurangan harga yang berkaitan dengan Covid-19.

Selain menetapkan kadar faedah tidak berubah, RBA juga komited untuk mencapai sasaran hasil bon kerajaan 3 tahun pada 0.10%.

Mesyuarat polisi seterusnya pada bulan Julai akan menjadi tumpuan pasaran, di mana RBA akan mempertimbangkan untuk mengekalkan bon April 2024, sebagai bon sasaran untuk sasaran hasil 3 tahun atau beralih ke kematangan berikutnya.

Di samping itu, ia juga dikatakan akan mempertimbangkan pembelian bon pada masa akan datang ketika mesyuarat sesi Julai.

Dagangan dolar Aussie kembali menyusut susulan keputusan RBA, gagal mempertahankan kenaikan dicatatkan pada awal sesi Asia yang disokong oleh lonjakan harga bijih besi yang juga merupakan komoditi utama Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat