Keputusan RBNZ Jadi Tumpuan, Ini Kesan Pada Dolar Kiwi

220

Fokus utama pelabur pada sesi Asia tertumpu kepada mesyuarat polisi yang menyaksikan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.25%, menepati jangkaan pasaran sebelum ini.

Bank pusat turut mengekalkan program pembelian aset berskala besar (LSAP) yang bernilai NZ$ 100 bilion, sementara operasi pembiayaan untuk program pinjaman (FLP) juga tidak berubah.

Jawatankuasa bersetuju untuk mengekalkan pengaturan monetari semasa sehingga yakin bahawa inflasi harga pengguna akan dipertahankan pada titik tengah sasaran 2% setahun, dan pekerjaan berada pada atau melebihi tahap maksimum yang berterusan.

Tambah bank pusat lagi dalam pernyataan dasar monetarinya, ketahanan ekonomi domestik baru-baru ini menunjukkan bahawa tidak ada rangsangan tambahan yang diperlukan pada masa ini.

RBNZ sebelum ini telah menurunkan kadar faedah kepada 0.25% pada Mac tahun lalu, dan mengatakan ia akan tetap tidak berubah selama 12 bulan. Bank pusat juga melancarkan pelonggaran kuantitatif untuk menyokong ekonomi yang terkesan akibat penutupan coronavirus.

Namun, pemulihan yang lebih cepat telah menyebabkan pasaran berspekulasi bahawa kitaran pelonggaran telah berakhir dan kenaikan kadar faedah akan terjadi lebih cepat dari yang dijangkakan.

Walaupun terdapat peningkatan dalam data ekonomi, RBNZ tetap berhati-hati dengan mengatakan prospek ekonomi masa depan masih dilihat sangat tidak menentu. Ketidakpastian ini dijangka akan mengekang pertumbuhan pelaburan perniagaan dan perbelanjaan isi rumah.

Sementara itu, dolar New Zealand meningkat lebih tinggi ke tahap ketinggian terbaru 3 tahun pada sesi Asia susulan keputusan RBNZ.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat