Kerana Powell, Trader Terpaksa Lepaskan USD

1,004

Dagangan matawang utama mendaki lebih tinggi pada sesi pasaran Eropah setelah mendapat sokongan daripada dolar greenback yang lemah susulan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Pasaran saham global turut melonjak dengan kenyataan Powell yang mengatakan kadar faedah akan tetap rendah untuk jangka masa yang lama.

Dalam kesaksian hari kedua di Washington, Powell mengulangi janji Fed untuk mengekalkan dasar semasa sehingga terdapat kemajuan jelas ke arah mencapai sasaran pekerjaan penuh dan tidak perlu bimbang tentang inflasi kecuali berlaku kenaikan harga dengan cara berterusan dan merisaukan.

Indeks dolar jatuh lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama dengan didagangkan di sekitar paras terendah hampir 3 tahun pada 89.87.

Namun begitu, ketika kebanyakan matawang utama memaparkan kenaikan lebih tinggi, pergerakan pound sterling pula kelihatan agak terbatas di sekitar paras harga yang sama pada sesi dagangan hari ini.

Pergerakan yang terhadap matawang sterling ini mungkin disebabkan amaran daripada Timbalan gabenor Bank Pusat England (BOE) yang memberi amaran bahawa nilai pound yang terlalu tinggi boleh memberi kesan kepada kadar inflasi di UK.

Sementara itu, matawang euro kembali melonjak di atas paras harga 1.22000 mengikuti penyusutan lebih dalam dolar greenback pada awal sesi Eropah. Matawang yen pula susut rendah berbanding USD disebabkan peningkatan hasil bon AS 10 tahun.

Penerbitan data anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar AS (KDNK) untuk suku terakhir 2020 pada malam ini, akan menjadi tumpuan utama pasaran yang dijangka tidak banyak berubah di paras yang kekal rendah sekitar 0.4%.

Di sisi lain, dolar Aussie berjaya menembusi paras harga 0.8000 pada sesi Eropah, iaitu paling tinggi dalam tempoh tiga tahun, didorong oleh sentimen pasaran yang meningkat dan kelemahan USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat