Kes COVID-19 Meningkat, Trump Sakan Berpesta?

666

Situasi terkini COVID-19 di Amerika Syarikat masih berada di tahap yang membimbangkan. Kes jangkitan harian yang dicatatkan semakin meningkat secara mendadak hanya dalam tempoh 24 jam! Hari ini, negara kuasa besar itu merekodkan hampir 3 juta kes jangkitan manakala angka kematian adalah sebanyak 131,503 korban. Walau bagaimanapun, pemimpin negara berkenaan iaitu Presiden Donald Trump kelihatan tenang, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Lebih mengejutkan ialah beliau didakwa bakal hadir dan meraikan pesta bunga api yang diadakan di Gunung Rushmore. Ianya merupakan sambutan ambang kemerdekaan bagi Amerika Syarikat. Meskipun menerima kritikan hebat kerana gagal membendung penularan wabak COVID-19 di negara pimpinannya, Trump dikhabarkan seperti membutakan mata dan memekakkan telinga beliau, bahkan menzahirkan perasaan gembira dengan penganjuran acara berkenaan.

Bukan itu sahaja! Seramai 7,500 pengunjung dijangka bakal menghadirinya dan penjarakan sosial didakwa tidak akan dititikberatkan. Adakah kes jangkitan COVID-19 akan melonjak selepas acara tersebut?

Menurut sebuah laporan, Trump telah memuatnaik sebuah posting di laman Twitter beliau serta melontarkan pujian terhadap ujian COVID-19 yang dilakukan secara besar-besaran oleh pegawai kesihatan di seluruh negara itu adalah lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh negara lain.

Tambahnya lagi, meskipun terdapat peningkatan kes jangkitan yang dicatatkan oleh negara berkenaan, ianya tetap lebih baik berbanding negara lain.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat