Keterujaan Berita Vaksin Covid-19 Buatkan Pasaran Tidak Menentu!

501

Matawang US dolar mengukuh pada hari Selasa dan matawang yen kekal rendah kerana para pelabur kekal optimis mengenai kemajuan menuju vaksin COVID-19, walaupun pergerakannya lebih lemah daripada pada sesi sebelumnya.

Para penganalisis menasihatkan bahawa walaupun berita vaksin boleh menjadi suatu perkara yang dapat beri harapan baru namun diingatkan agar para pelabur dan pedagang matawang berhati-hati kerana arus pasaran yang terbawa-bawa oleh berita ini dapat diikuti oleh beberapa kekecewaan.

Pada hari ini, Joe Biden mengatakan bahawa proses kelulusan vaksin Covid-19 mesti dipandu oleh oleh sains supaya orang ramai yakin bahawa ia selamat dan berkesan. Dalam masa yang sama beliau menyatakan bahawa vaksin tidak boleh lagi diedarkan dalam masa yang terdekat ini.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mengukuh sedikit sebanyak 0.07% pada paras penukaran 92.7 setakat jam 11.00 p.m.

Matawang Kanada terus susut berbanding US dolar dari tahap tertinggi 2 tahun setelah pengembangan vaksin meningkatkan permintaan terhadap matawang berisiko.

Dolar Kanada diperdagangkan 0.2% lebih rendah berbanding US dolar. Penganalisis berpendapat bahawa para pelabur telah mula melakukan penilaian semula setelah pengukuhan matawang CAD.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat