Ketidaktentuan Politik AS Memberi Ruang Lonjakan Buat Emas!

36

Harga emas berada dalam dagangan sederhana dalam sesi Eropah pada Isnin sekali gus memulakan minggu dengan keuntungan kecil apabila pelabur terus menilai kesan ketidaktentuan politik AS.

Niaga gold futures melonjak naik sebanyak $1.30 atau sebanyak 0.1 peratus kepada $1,254.92 satu troy ounce. Sementara itu, dagangan spot gold dicatat pada $1,255.33.

Harga logam kuning meningkat kepada $1,263.20 pada Khamis kepada yang paling tinggi sejak 1 Mei.

Emas mencatat keuntungan mingguan sekitar 2 peratus minggu lepas iaitu keuntungan terbesar sejak pertengahan April kerana ketidaktentuan politik yang melanda pentadbiran Trump, disamping tekanan terhadap matawang US Dollar membantu kenaikan logam berharga.

Sentimen kini diselubungi oleh kebimbangan bahawa keadaan politik AS boleh menghalang pembaharuan perbelanjaan cukai dan infrastruktur.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback kali terakhir dinilai berbanding enam matawang utama dengan lonjakan sebanyak 0.3 peratus kepada 97.25 pada awal dagangan sesi Eropah.

Sementara itu, pelabur juga akan melihat kedepan bagi minit mesyuarat Jun oleh Fed untuk mendapatkan petunjuk selanjutnya mengenai prospek kenaikan kadar selanjutnya oleh Fed.

Beberapa orang pegawai Fed juga dijangka akan menyampaikan ucapan sepanjang minggu ini disamping menawarkan ucapan terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang.

Juga di Comex, sesi dagangan copper melonjak sebanyak 19.9 sen atau sebanyak 1.2 peratus kepada $16.99 satu troy ounce.

Di tempat lain, copper dinilai menyusut sebanyak 0.6 sen kepada $2.576 sepound.

Sentimen dan Event Penting Yang Anda Harus Beri Perhatian Sepanjang Minggu Ini (22-26 Mei 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat