Keyakinan Pengguna Meningkat, Komponen Inflasi Susut

62

Keyakinan pengguna AS meningkat pada Mac yang ditujukkan oleh data yang dikeluarkan sebentar tadi oleh University of Michigan. University of Michigan consumer confidence index meningkat kepada 97.6 berbanding jangkaan 97.0 dan bacaan sebelum ini 96.3.

Data ini adalah hasil tinjauan oleh Universiti Michigan ke atas 500 orang pengguna bagi mendapatkan pendapat mereka tentang tahap ekonomi pada masa ini dan jangkaan mereka di masa hadapan. Data ini dikelurakan setiap pertengahan bulan yang mewakili bacaan pada bulan tersebut.

Komponen ‘keadaan ekonomi semasa’ dalam indeks ini meningkat berbanding bulan lepas dan merupakan bacaan tertinggi sejak tahun 2000.

Dalam komponen ‘jangkaan pengguna’, penduduk juga semakin yakin dengan kenaikan ke paras 86.7 berbanding 86.5 sebelum ini.

Jangkaan inflasi dalam masa setahun pula menurun kepada 2.4% dari 2.7% di mana penduduk menjangka harga akan menjadi semakin murah dalam amsa setahun. Ini agak mengejutkan dengan data rasmi menunjukkan tren kenaikan inflasi sejak beberapa bulan lalu.

Pasaran masih fokus kepada data inflasi dan US dolar melemah dengan Usd/Jpy jatuh ke paras di bawah 113.00 di sekitar 112.75 pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat