Konflik Amerika Syarikat-China, Bursa Malaysia Ditutup Rendah!

465

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan prestasi rendah berikutan penjualan berterusan dan pengurangan dasar semalaman (OPR) baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia. Hal ini juga dipengaruhi oleh kehuatiran pasaran global terhadap rundingan pusingan seterusnya antara China dan Amerika Syarikat.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia jatuh sebanyak 15.02 mata atau 0.92% kepada 1,618.53 daripada 1,633.55 ketika ditutup.

Antara saham yang terjejas ialah Nestle yang merosot sebanyak Rm3.60. Turut terjejas ialah saham perbankan berikutan penguran OPR. Saham Public Bank turun 12 sen, CIMB susut 7 sen, Hong Leong merosot 24 sen. Walauabgaimanapun saham Maybank tidak berubah pada RM 8.97.

Saham syarikat telekomunikasi juga terkesan dengan saham Maxis jatuh 16 sen kepada RM5.36, Axiata jatuh 8 sen kepada RM4.48 dan Digi 2 sen kepada RM4.79.

Selain Bursa Malaysia, di China Shanghai Stock Exchange Composite merosot 1.48%, manakala bursa Hong Kong Hang Seng merosot 2.39%. Hal yang sama turut menimpa bagi bursa Jepun Nikkei 225 yang jatuh 0.93% dan Korea Selatan Kospi jatuh 3.04%.

Setakat ini jam 6.50 p.m pasaran hadapan saham US, Indeks Dow dan Nasdaq juga mengalami kejatuhan.

Penganalisis berpendapat bahawa para pelabur ingin melihat adakah rundingan perdangan antara China dan Amerika Syarikat nanti dapat membendung perang dagang yang dapat merosakkan pertumbuhan ekonomi global.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga berpendapat yang sama iaitu “Faktor luaran tidak begitu menggalakkan bagi bursa tempatan”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat