Korea Utara Serang Anggota PBB

435

Seramai 11 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) didakwa menjadi sasaran serangan siber Korea Utara pada tahun ini.

Dakwaan itu dilontarkan oleh kumpulan panel pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu draf laporan yang diserahkan kepada Jawankuasa UNSC mengenai Korea Utara.

Draf laporan itu mendedahkan Pyongyang yang diketuai oleh agensi perisikan negara itu menyerang menerusi mesej yang dihantar kepada Gmail dan WhatsApp mangsa dengan menggunakan identiti palsu.

Laporan terbabit turut membongkar Korea Utara memiliki aset seperti mata wang kripto namun PBB masih lagi menyiasat berhubung bagaimana Pyongyang boleh mengeluarkan wang terbabit dalam bentuk tunai.

Selain itu, Korea Utara juga dilaporkan terus menghantar buruh-buruh ke Rusia dan China bagi memperoleh mata wang asing.

Dalam pada itu, laporan tersebut mendedahkan bahan terlarang seperti batu arang masih lagi diseludup masuk dan keluar di Korea Utara dengan taktik memindahkan kargo dari kapal ke kapal secara haram di perairan negara berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat