KPDNKK: Harga Minyak Masak Naik Pada 1 November

357

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini mengumumkan harga minyak masak akan mengikut harga pasaran berkuatkuasa pada 1 Novembr ini.

Pun begitu, minyak masak dalm paket 1kg akan dikekalkan pada harga RM2.50 bagi memastikan kebajikan rakyat berpendapatan rendah terjaga. Kerajaan dilaporkan masuh mengekalkan subsidi bagi minyak jenis ini.

Hal ini adalah langkah rasionalisasi subsidi yang diperkenalkan kerajaan beberapa tahun lepas agar subsidi kerajaan dapat diberikan kepada golongan sasar sahaja terutamanya yang berpendapatan rendah.

Berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, difahamkan harga minyak masak akan ditentukan mengikut harga pasaran semasa. Hal ini dapat menjimatkan subsidi kerajaan hampir RM100 juta sebulan. Tindakan ini dibuat susulan peningkatan harga minyak olien iaitu minyak sawit diproses.

Antara kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta produk minyak sawit tulen yang dijual dalam botol lebih besar.

Kata beliau lagi, “Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.

“Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran.

Hal ini lah yang menyebabkan berlaku kekurangan minyak masak di pasaraya-pasaraya besar atas sebab pengguna yang panik kerana jangkaan harga minyak masak yang lebih mahal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat