Lapangan Terbang Istanbul berdarah!

54

Jumlah kematian akibat letupan berani mati oleh 2 pengganas telah mengakibatkan 28 kematian dan 60 kecederaan dan dijangka jumlah itu akan meningkat.

Pada jam 3 pagi (waktu Malaysia), lapangan terbang Atartuk telah berlaku letupan dan sebelum letupan tersebut terdapat tembakan senjata api.

Pihak berkuasa menghampiri suspek yang melepaskan tembakan sebelum suspek meletupkan bahan letupan mereka. Ini adalah kali kedua Turki diserang oleh pengebom berani mati.

Lapangan terbang Atartuk merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Eropah dengan jumlah 61.8 juta penumpang mengikut rekod pada tahun 2015.

Lapangan terbang ini juga lapangan terbang yang sibuk menghubuungkan Eropah dan Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat