Lepas Melonjak 8%, Ini Pergerakan Semasa Komoditi Ini

276

Harga minyak kembali meningkat setelah mencatatkan penyusutan pada sesi Asia berikutan kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar di Eropah dan Amerika Syarikat kembali menghantui pasaran.

Dagangan emas hitam itu sebelum ini telah mencatat lonjakan ketara susulan perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19 Pfizer.

Pada awal pembukaan sesi pasaran Eropah, WTI Amerika Syarikat diniagakan stabil pada $40.27 setong, manakala minyak mentah Brent didagangkan di sekitar $42.50 setong.

Kedua-dua penanda aras tersebut melonjak 8% pada sesi New York, mencatatkan kenaikan terbesar dalam tempoh lebih 5 bulan selepas pembuat vaksin Pfizer dan BioNTech mengumumkan hasil ujian klinikal menunjukkan keberkesanan lebih 90% dalam mencegah virus.

Bagaimanapun, kekhuatiran terhadap permintaan yang kembali membelenggu pasaran telah membataskan peningkatan bagi dagangan komoditi hitam tersebut.

Menurut penganalisis, penutupan di Eropah akan menyebabkan permintaan minyak mentah menurun sehingga 1 juta tong sehari menjelang akhir tahun ini, dan ia mungkin berlanjutan untuk beberapa bulan lagi sehingga vaksin Covid-19 tersedia.

Pasaran kini mengharapkan OPEC akan menangguhkan rancangan mereka untuk melonggarkan pemotongan pengeluaran daripada 7.7 juta tong sehari kepada 5.7 juta tong sehari bermula Januari depan.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman memberi isyarat bahawa OPEC dan sekutunya, yang lebih dikenali sebagai OPEC+ sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan perjanjian pengurangan pengeluaran pada suku pertama 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat