Lonjakan Kes Covid-19 ‘Ganggu’ Ekonomi Negara

177

Pemulihan ekonomi Malaysia dijangka terjejas ekoran peningkatan kes terkini jangkitan Covid-19 yang membawa kepada pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun.

Moody’s Analytics dalam nota penyelidikannya semalam berkata, unjuran asasnya mengunjurkan pengembangan 5.6% pada tahun ini tetapi terdapat tambahan risiko pertumbuhan rendah dan peningkatan ketidaktentuan.

“Sekatan pergerakan penuh akan membawa impak kepada permintaan domestik, terutamanya penggunaan domestik memandangkan hanya perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi.

“Kebimbangan utama adalah sejauh mana pembuatan dan eksport akan terjejas akibat daripada kekangan kapasiti yang diperkenalkan,” jelas firma berkenaan seperti dilaporkan oleh Bernama.

Kilang pengeluaran hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti 60% semasa tempoh tersebut, sekali gus akan mengehadkan pengeluaran dan eksport sehingga pertengahan Jun ketika eksport Malaysia berkembang pesat susulan permintaan kukuh daripada sektor teknologi konsumer global.

“Jangkitan harian Malaysia berada pada purata antara 7,000 hingga 8,000 sejak lewat bulan lalu. Ini merupakan gelombang kedua jangkitan di negara ini pada tahun ini tetapi yang paling buruk. Gelombang pertama melanda pada Januari lalu dengan purata jangkitan harian hanya sekitar lebih 2,500 kes.

“Ekonomi Malaysia semasa penularan pandemik Covid-19 pada tahun lalu mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding banyak negara jirannya di Asia Tenggara. Jangkitan harian kekal di bawah paras 1,000 kes sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun tersebut,” kata Moody’s Analytics.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat