‘Malapetaka’ Menanti Putin, Amerika Beri Amaran!

1,264

Amerika Syarikat melontarkan amaran keras terhadap Rusia susulan ancaman nuklear daripada Presiden Vladimir Putin pada minggu lalu.

Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan berkata negara itu akan bertindak balas dengan tegas terhadap sebarang penggunaan senjata nuklear Rusia terhadap Ukraine.

Minggu lalu, Presiden Putin telah mengumumkan pengerahan separa tentera selain turut mengeluarkan ancaman nuklear ke atas Ukraine.

Dalam ucapan pada Ahad, Jake Sullivan turut berkata bahawa akan ada ‘malapetaka’ buat Rusia sekiranya ia melampaui batas. Walaupun begitu, beliau tidak menerangkan bagaimana ia akan bertindak balas ke atas Rusia.

Namun menurut beliau, Amerika telah menyatakan secara peribadi tentang maksudnya terhadap Rusia, memandangkan Washington sering berhubung secara langsung dengan Moscow termasuk dalam beberapa hari terakhir untuk membincangkan situasi di Ukraine dan tindakan serta ancaman Putin.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, AS dan sekutunya terus menyalurkan bantuan kepada Ukraine di tengah-tengah ancaman perang yang semakin meningkat oleh Rusia.

Terbaharu, Presiden Ukraine Voldymyr Zelensky berterima kasih kepada Amerika selepas menerima peluru berpandu pertahanan udara NASAMS (National Advance Surface-to-Air Missile Systems).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat