Mat Saleh Minat Pisang Goreng Ke Sampai Minyak Sawit Malaysia Laku Keras Di Eropah?

650

‘Ni mesti orang Eropah baru sedar betapa sedapnya pisang yang digoreng dengan minyak berlebihan.’

Permintaan terhadap minyak sawit Malaysia terus meningkat dengan penemuan 3 pembeli baharu dari benua Eropah.

Digariskan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa negara Estonia, Republik Czech dan Hungary mula membeli minyak sawit negara sejak awal tahun ini.

Ulas Datuk Zuraida, Estonia telah mengimport 2,501 tan pada RM20.22 juta antara Januari sehingga Julai sementara Hungary beli 853 tan pada RM6.73 dan Republik Czech ambil 95 tan pada RM880,000.

Tambahnya lagi, kehadiran negara-negara dari zon Eropah tersebut membuka pasaran baharu yang seiring aspirasi kerajaan untuk memenangi pembeli baharu.

Bercakap pula mengenai reaksi warga Eropah tentang minyak sawit negara, Menteri Industri Perladangan dan Komoditi mengatakan mereka sangat kagum dengan produktiviti serta keserbabolehan sektor makanan dan bukan-makanan Malaysia.

Mereka juga kagum dengan ketersediaan sumber makanan yang berterusan sepanjang tahun di Malaysia.

Dalam pada itu, peningkatan terhadap permintaan minyak sawit tempatan ini boleh dikaitkan dengan faktor perang Ukraine yang mencetus gangguan bekalan minyak bunga matahari dan biji sesawi global.

Melihat ke hadapan, pihak kementerian percaya Malaysia akan tetap menjadi antara pilihan negara-negara tersebut sungguhpun apabila konflik Ukraine berakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat