Matawang CAD Paling Kuat Pada Selasa & NAFTA Adalah Penyebabnya

545

Pentadbiran Trump sedang berusaha untuk memuktamadkan perjanjian awal NAFTA (North America Free Trade Agreement) seawal minggu depan dan akan mempengerusikan mesyuarat menteri kabinet di Washington bagi mencapai kata sepakat dalam hal ini.

Seperti biasa, isu NAFTA akan memberi kesan signifikan kepada dolar Kanada (CAD) dan Peso mexico. Selepas daripada tersebarnya berita ini, matawang Peso Mexico naik semula selepas menyusut sebelum ini. CAD pula meneruskan pengukuhannya pada Selasa dan setakat ini telah menyebabkan pair USD/CAD jatuh hampir 100 pip.

Matawang CAD juga dilihat mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. CAD/JPY setakat ini telah merekodkan kenaikan sehingga hampir 100 pip dengan GBP/CAD jatuh sehingga 111 pip.

Laporan terbaru tentang isu NAFTA ini tersebar selepas indeks saham Wallstreet jatuh sehingga 2% pada Isnin. Sejak sebulan yang lepas, Amerika Syarikat telah mengumumkan untuk mengenakan tariff keluli dan aluminium, dan juga dijangka menyenaraikan tariff terhadap produk-produk China pada minggu ini.

Kenapa isu NAFTA penting kepada CAD?

NAFTA adalah perjanjian perdagangan bebas yang melibatkan Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Sebenarnya sejak perjanjian ini dimeterai pada tahun 1994, ia lebih banyak menguntungkan Kanada dan Mexico seperti yang didakwa sendiri oleh presiden Trump.

Rundingan semula NAFTA diarahkan oleh Trump kerana beliau mendakwa perjanjian ini telah banyak merugikan Amerika Syarikat. Pada awal rundingan semula tahun lalu, ia telah beberapa kali menyebabkan kejatuhan matawang CAD, dan tidak kurang juga menyebabkan ia melonjak.

Kenapa CAD mudah terkesan daripada perjanjian ini?

Jawapannya adalah kerana Kanada banyak bergantung kepada eksport produk ke Amerika Syarikat. Sebahagian besar eksport Kanada adalah ke negara jirannya itu.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat