Matawang Euro Sedang Menunggu News Besar ECB Pada Khamis

103

Matawang Euro didagang stabil hari ini pada Selasa selepas pembukaan pasaran US pukul 9 malam tadi dengan US Dolar masih disokong oleh reformasi cukai US yang semakin cerah.

Untuk matawang Euro, data ekonomi PMI yang menunjukkan aktiviti ekonomi di Zon Eropah adalah positif pada Selasa. Data terkini menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dan menyokong kepada pengurangan pembelian bon ECB. Data sektor pembuatan dan perkhidmatan (PMI) di Zon Eropah yang dikeluarkan kekal kukuh lebih-lebih lagi negara ekonomi terbesar blok tersebut iaitu Jerman dan Perancis.

Sejak daripada Isnin, pasangan matawang EUR/USD didagang sideways dengan sentimen kedua-dua matawang adalah positif. US Dolar disokong oleh reformasi cukai dan Euro disokong oleh jangkaan pasaran terhadap tapering pada mesyuarat ECB minggu ini.

Matawang euro ketika ini tertumpu kepada penetapan polisi monetari ECB yang akan mengumumkan tentang tapering (pengurangan pembelian bon) pada Khamis. Perkara ini akan menjadi satu faktor positif kepada matawang euro dan mampu menolak matawang tunggal lebih tinggi.

Secara keseluruhan, pasaran memang menjangka ECB akan membuat tapering, dan tumpuan ketika ini terarah kepada jumlah pengurangan bon dan berapa lama lagi program pembelian aset ini dijalankan.

Komen hawkish oleh Mario Draghi dijangka akan melonjakkan matawang Euro pada Khamis, sebaliknya pula jika ia bersifat ‘dovish taper’ (pengurangan pembelian bon dalam masa yang sama ECB memberikan kenyataan yang dovish) pengukuhan euro adalah terhad.

Kita mungkin akan melihat breakout dalam aspek analisis teknikal pada Khamis. Untuk hari ini dan Rabu, sebarang pergerakan yang aggresif oleh matawang Euro masih terhad. Dalam konteks EUR/USD kita dijangka melihat pergerakan yang ‘range-bound‘ sehinggalah penetapan polisi ECB pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat