Memanglah Harga Minyak Tengah Turun, Tapi Siap Sedia Dengan Jangkaan Ini!

589

Dagangan minyak mentah susut lebih 1% pada hari Rabu ketika pasaran menantikan keputusan kadar faedah Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak Brent jatuh 1.3% pada sekitar harga $93.07 setong, berundur dari puncak tertinggi 10 bulan yang dicapainya semalam (Selasa) pada $95.91 setong.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula turun sekitar 1.4% kepada $89.25 setong, setelah mencapai paras tertinggi $92.63 setong semalam.

Pasaran minyak tampaknya sedang ‘berehat’ daripada meneruskan kenaikan ketika pelabur menunggu keputusan penting oleh Fed pada awal pagi Khamis nanti.

Sungguhpun begitu, jangkaan untuk harga minyak kekal bullish, di mana Goldman Sachs dalam ramalan terbarunya melihat dagangan Brent berpotensi untuk melonjak sehingga $100 setong.

Ia bukanlah jangkaan daripada Goldman sahaja, bahkan kebanyakan penganalisis telah melihat potensi tersebut sejak awal September lagi ketika harga minyak terus menunjukkan kenaikan.

Seperti yang diketahui secara meluas, harga minyak telah mengukuh susulan langkah Arab Saudi dan Rusia yang melaksanakan pemotongan pengeluaran sukarela mereka sehingga akhir tahun ini.

Selain itu, inventori minyak mentah AS mingguan juga terus mencatatkan penurunan yang berturut-turut, sekali gus menyokong jangkaan bekalan lebih ketat dalam pasaran global.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat