Nak Hidup Bebas Tanpa Hutang? Ini 5 Tips Berguna Buat Anda!

1,797

Pada zaman kemodenan ini, terdapat ramai rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah hutang. Hal ini demikian kerana kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi buat warga kota.

Walau bagaimanapun, setiap individu pasti mengimpikan sebuah kehidupan yang bebas tanpa sebarang hutang. Jadi, ini adalah 5 tips berguna buat anda!

1. Praktikkan Rule 50/30/20

Rule ini dicipta oleh seorang pakar bankruptcy Harvard yang dikenali sebagai Elizabeth Warren. Dalam penulisannya ‘All Your Worth : The Ultimate Lifetime Money Plan’, beliau telah mendedahkan rule berkenaan sebagai salah satu cara untuk berbelanja dan menjimatkan wang anda.

Berdasarkan rule ini 50/30/30, anda perlu membelanjakan 50% daripada pendapatan anda untuk keperluan, 30% untuk keinginan manakala bakinya sebanyak 20% diletakkan ke dalam akaun simpanan atau digunakan untuk pembayaran hutang.

Selain itu, anda perlu ingat bahawa peratusan yang dicadangkan ini adalah jumlah maksimum untuk anda berbelanja. Jika perbelanjaan anda kurang daripada peratusan tersebut, maka anda akan memiliki lebihan wang yang banyak serta boleh digunakan untuk matlamat kewangan yang lain seperti pelaburan.

2. Membuat Bayaran Penuh

Elakkan hutang kad kredit dengan membayar keseluruhan baki anda pada setiap bulan. Melalui pembayaran penuh tersebut, anda dapat mengurangkan kos khususnya dalam pembayaran caj kewangan dan kadar faedah yang dikenakan.

Sekiranya tidak mampu untuk membuat pembayaran penuh pada setiap bulan, cuba simpan baki anda seminima mungkin iaitu di bawah 30% daripada had kad kredit anda.

3. Jangan Terlalu Bergantung Kepada Kad Kredit

Anda dinasihatkan untuk menggunakan kad kredit bagi kes kecemasan sahaja. Cuba kawal diri anda agar tidak terlalu bergantung kepada kad kredit dan menggunakannya secara berterusan.

Sebaliknya, gunakan wang yang sedia ada dalam tangan dan elakkan daripada membuat lebih banyak pinjaman.

4. Aktifkan Pembayaran Automatik

Ianya merupakan cara paling efisyen untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana pembayaran. Aktifkan pembayaran automatik anda melalui bank atau pemiutang.

Melalui cara tersebut, semua pembayaran anda akan dilakukan pada masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang penangguhan.

5. Sediakan Bajet Bulanan

Bajet yang dirangka adalah penting bagi memastikan segala perbelanjaan anda sentiasa terkawal dan tidak melebihi had yang sepatutnya. Selain itu, ianya boleh membantu anda untuk berbelanja dengan lebih bijak dan dapat mengawal aliran tunai yang dimiliki.

Catat setiap keluar masuk wang pada bulan tersebut. Jadi, anda tidak perlu runsing atau tertanya-tanya di mana wang anda dibelanjakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat