Nestle ‘Terciduk’, Didenda RM90,000!

2,864

Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd (Nestle Manufacturing) didenda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 2 tuduhan melepaskan sisa industri melebihi had yang boleh diterima.

Hukuman tersebut telah dijatuhkan oleh hakim, Rofiah Mohamad setelah syarikat itu, yang diwakili oleh pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pembuatan Nestle, K. Arunan, mengubah pengakuannya menjadi bersalah atas kedua-dua tuduhan itu.

Ketika menjatuhkan denda, Rofiah mengatakan bahawa beliau mengambil kira bahawa pencemaran alam sekitar adalah kes yang serius dan melibatkan kepentingan umum.

Untuk pengetahuan semua, syarikat itu didakwa berdasarkan Peraturan 11 (1) (b) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Industri) 2009 dengan melepaskan 5 jenis efluen industri yang mengandungi Biochemical Oxygen Demand Requirement (BOD5) melebihi had standard ke perairan pedalaman. Seterusnya, mereka didakwa kerana melepaskan concentrated chemical oxygen demand (COD) yang berlebihan.

Selain itu, kesalahan tersebut dilakukan di premisnya yang terletak di Jalan Playar 15/1, Seksyen 15 Shah Alam pada 21 Mei 2019 antara jam 10.10 pagi hingga 1 tengah hari.

Sehubungan dengan itu, syarikat tersebut telah didenda RM50,000 untuk pertuduhan pertama dan RM40,000 untuk pertuduhan kedua.

Sementara itu, pendakwaaan berkenaan telah dikemukakan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Faizura Mohd Ali, sementara Nestle Manufacturing diwakili peguam. J. Rao.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat