Nilai Yen yang Rendah Adalah Keutamaan Kerajaan Jepun

828

Ekonomi Jepun adalah ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK). Jepun juga adalah pengeluar ketiga terbesar dalam industri automobil dan yang terbesar dalam industri barangan elektronik. Sebagai sebuah negara pengeksport, tidak hairanlah pemerintahan Shinzo Abe memberikan tumpuan kepada polisi matawang negara ini.

Dalam kenyataan Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga,”Polisi matawang adalah keutamaan pentadbiran Shinzo Abe agar syarikat-syarikat Jepun terus komnpetitif”.

Ekonomi Jepun yang banyak disumbangkan oleh sektor pembuatan dan juga sebagai negara pengeksport memerlukan nilai matawang yang kompetitif. Kompetitif di sini bermaksud, nilai Yen yang tidak terlalu tinggi untuk bersaing dengan negara jiran China dan Korea Selatan.

Bagi Suga, adalah penting untuk menyediakan satu suasana yang baik bagi syarikat Jepun menjalankan perancangan perniagaan mereka. Tambahnya lagi, polisi matawang adalah faktor penting untuk mengawal polisi ekonomi.

Kerajaan Jepun juga telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengurangkan kenaikan Yen. Hal ini disebabkan, nilai Yen yang tinggi akan menyukarkan pengeksport dari Jepun bersaing dengan negara jirannya.

Kerajaan Jepun telah memberi beberapa amaran kepada pemain pasaran yang menolak nilai Yen ke atas apabila matawang ini melonjak pada awal tahun ini.

Dengan nilai Yen yang terus menyusut berbanding US dolar ketika ini sudah tentu melegakan kerajaan Jepun. US dolar yang terus meningkat dengan jangkaan kenaikan kadar lebih dari dua kali pada 2017, telah membantu melemahkan nilai Yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat