NO-Deal Boleh Mengakibatkan Ekonomi UK Merosot Sebanyak £30bn!

312

Penganalisis berpendapat hutang awam dijangka akan meningkat 2 kali ganda pada tahun depan jika tiada kesepakatan Brexit.

Berdasarkan laporan OBR ( Office for Budget Responsibility), pinjaman akan meningkat daripada £29.3 billion kepada £60 billion jika UK keluar dari Kesatuan Eropah tanpa ada apa-apa kesapakatan. Selain itu, OBR juga berpendapat ‘no deal Brexit’ akan mengakibatkan UK tenggelam dalam kancah kegawatan ekonomi. Dimana UK dijangka akan keluar dari EU pada 31 Oktober.

Kebarangkalian berlakunya no-deal semakin tinggi sejak akhir-akhir ini apabila kedua-dua calon pesaing pertandingan kepimpinan Tory mengatakan bahawa mereka sanggup untuk keluar dari Kesatuan Eropah walupun tanpa ada kesepakatan.

OBR merupakan badan yang dibangunkan pada 2010 untuk memberikan analisis peribadi tentang kewangan awam UK. Berdasarkan analisis,jika senario no-deal berlaku maka ekonomi UK berkemungkinan akan merundum sebanyak 2% pada tahun 2020.

Bukan itu sahaja, UK berkemungkinan akan terhimpit dengan ketidakpastian pasaran dan penurunan keyakinan pasaran, dimana akan berdampak pada pelaburan. Selain itu, UK juga harus berhadapan dengan halangan perdagangan dari EU.

Akhir sekali, OBR juga memberi amaran bahawa kedua-dua calon pilihan telah mengajukan beberapa proposal untuk potongan cukai dan peningkatan dalam perbelanjaan. Hal ini akan meingkatkan hutang kerajaan sebanyak 10 billion jika ia dilaksanakan.

Matawang GBP/USD setakat ini didagangkan pada paras harga 1.2471 setakat jam 9.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat