NYSE Arca Tarik Balik Permohonan, Harapan Bitcoin Investment Trust Ke NYSE Pudar

57

Usaha untuk membenarkan para pelabur berdagang dengan matawang digital semudah dagangan saham di Amerika semakin sukar selepas penerbit dana bitcoin berkata permohonan untuk meletakkannya dalam senarai pertukaran terpaksa ditarik semula.

Grayscale Investment LLC berkata, Intercontinental Exchange Inc (ICE) NYSE Arca menarik semula permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa US (SEC) untuk meletakkan Bitcoin Investment Trust (GBTC) milik mereka (Grayscale) ke dalam kaunter pertukaran. Hal ini memberi tekanan baru kepada matawang digital ini.

“Walaupun regulasi pasaran matawang digital berkembang dengan pesat, namun Grayscale percaya penyeliaan belum cukup untuk permohonan tersebut mendapat persetujuan SEC,” jelas syarikat tersebut. Mereka turut menjelaskan akan terus berbincang bersama badan regulasi, namun tidak dapat menjangkakan tempoh hal tersebut akan dipersetujui.

Bitcoin Investment Trust kini masih didagangkan “over the counter” yang bermaksud transaksi yang dilakukan diluar sistem pertukaran saham dan harga saham GBTC masih lebih tinggi daripada harga bitcoin yang dimiliki. Pada hari Rabu lalu, saham GBTC tutup pada harga $739.50, dan berdasarkan syarikat penerbit saham, nilai bitcoin yang dimiliki kurang daripada $373.

Saham tersebut telah melonjak sebanyak 508% tahun ini, lebih daripada kenaikan pada matawang digital yang mana CEO JPMorgan Chase & Co, Jamie Dimon pernah mengkritik dengan mengatakan “penipuan” yang akan tumpas.

Bitcoin adalah matawang virtual yang boleh digunakan untuk membawa matawang keseluruh dunia dengan cepat dengan transaksi yang tidak dikenali serta tanpa memerlukan persetujuan daripada pihak berkuasa seperti bank dan kerajaan.

Kelulusan daripada SEC akan membawa lebih ramai pelabur ke dalam aset ini, namun agensi yang mengawal selia (regulasi) masih meragui dengan pasaran bitcoin yang tidak terkawal.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat