OIL Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

37

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, setelah harapan terhadap perjanjian bulan ini untuk mengurangkan pengeluaran bertambah suram. Dengan inventori minyak berhampiran rekod tertinggi, harga yang lebih tinggi menggalakkan pengeluar kecil untuk memulakan semula pengeluaran dan output daripada Iran juga bakal tiba.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei naik turun dari paras terendah harian sekitar $37.60 setong ke setinggi $39.03 sebelum menutup sekitar paras $38.20 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun naik turun dari paras terendah harian sekitar $39.50 setong ke setinggi $40.85, sebelum menutup sekitar paras $40.15 setong.

Di pasaran Amerika Syarikat, output mingguan  telah bergerak lebih rendah dalam 10 daripada 11 minggu lepas. Kenaikan tersebut bagaimanapun, tidak bertahan lama selepas tinjauan Reuters menunjukkan pengeluaran OPEC pada Mac meningkat sebanyak 100 ribu tong sehari kepada 32.47 juta tong sehari, di tengah-tengah pertambahan di Iran dan Iraq.

[adrotate group=”6″]

Output Iran, menurut Reuters, telah melonjak sebanyak 230 ribu tong sehari sejak Disember, selepas negara Teluk Parsi itu terus meningkatkan pengeluaran berikutan selesainya perjanjian nuklear bersejarah yang komprehensif dengan pelbagai Kuasa Barat. Di Iraq, peningkatan dalam eksport di wilayah selatan negara itu, mengimbangi gangguan daripada saluran paip rosak, yang membawa minyak dari Kurdish di bahagian utara negara itu ke sempadan Turki.

Untuk bulan ini, pengeluaran di Arab Saudi adalah hampir rata apabila kerajaan terus menimbang sama ada untuk melaksanakan pembekuan pengeluaran yang dicadangkan dengan Russia dan dua anggota OPEC lain. Pengeluaran Arab Saudi jatuh sedikit kepada 10.18 juta tong sehari pada bulan Mac, menjelang sidang kemuncak OPEC-Non OPEC yang sangat dinantikan di Doha pada bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat