OIL Analisa Fundamental Harian 27 Oct 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-oil-011

Harga minyak mentah (crude) terus merudum lebih $1.15 setong, untuk mencapai paras terendah sekitar $43.60 setong sebelum menutup sekitar paras $43.65 setong; manakala minyak mentah (brent) pula jatuh sekitar $0.95 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $47.60 setong sebelum menutup sekitar paras $47.65 setong Isnin semalam; setelah pasaran terus bimbang dengan kemelut lebihan minyak global.

Walau bagaimanapun, harga juga dirangsang oleh kiraan pelantar minyak AS yang jatuh, yang dilihat sebagai proksi kasar kepada aktiviti dalam industri itu.  Kumpulan industri Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat menurun sebanyak satu kepada 594 minggu lepas, menjadikannya penurunan kelapan minggu berturut-turut. Kini terdapat hanya kira-kira 37% pelantar daripada paras tertinggi 1,609 pelantar pada Oktober tahun lepas.

[adrotate group=”6″]

Namun, lebihan minyak global yang berterusan dan prospek permintaan yang tidak menentu, mengekang sebarang pacuan naik harga minyak mentah. Walaupun kiraan pelantar jatuh, pengeluaran minyak AS tidak menurun banyak, memuncak pada kira-kira 9.6 juta tong sehari. Pengeluaran harian AS telah berlegar sekitar 9.1 juta tong dalam beberapa minggu kebelakangan ini, lebih tinggi daripada tahap tahun lepas.

Pada masa yang tidak menentu ekoran kejatuhan curam harga minyak dan lebihan bekalan, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata bahawa harga boleh meningkat dari pertengahan 2016 apabila bekalan mula kurang disebabkan oleh penurunan dalam pelaburan dan kejatuhan pengeluaran dari Amerika Syarikat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat