OIL Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

38

Harga minyak yang jatuh dalam setengah jam pertama ketika mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pada awal pagi tadi, kembali memacu naik untuk membuat paras tertinggi bulanan yang baru, didorong oleh sentimen pelabur yang kukuh dan berita terbaru tentang Arab Saudi dan Kuwait yang masih belum bersedia untuk mengeluarkan semula minyak dari telaga usahasama di Khafji.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun melonjak naik lebih $1.80 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $45.60 setong, sebelum menutup sekitar paras $45.30 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai melonjak naik lebih $1.70 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $47.20 setong, sebelum menutup sekitar paras $46.98 setong.

[adrotate group=”6″]

Telaga minyak Khafji yang menjadi usahasama antara Arab Saudi dan Kuwait, mampu mengeluarkan 280 – 300 ribu tong minyak sehari dan telah ditutup pada Oktober 2014 untuk selama 18 bulan ekoran masalah alam sekitar. Penutupan yang dijangka berakhir pada akhir bulan ini, nampak terpaksa diteruskan ekoran kedua-dua negara belum bersedia untuk menerima pengeluaran tambahan.

Dalam berita lain semalam, Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS melaporkan pertambahan sebanyak 2 juta tong kepada stok minyak komersil. Angka tersebut lebih rendah dari minggu lepas sebanyak 2.1 juta tong, tetapi lebih tinggi dari jangkaan pasaran sebanyak 1.4 juta tong sahaja.  Namun ianya tidak menghalang pasaran untuk terus membida harga minyak ke paras yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat