Operasi Tergendala Lagi, Isu Bekalan Pula Hantui Kilang Tesla Di Shanghai

421

‘Sampai ke sudah kes Covid ni beri kesan berlarutan kepada ekonomi, harapnya keadaan dekat Malaysia tak seteruk ni.’

Selepas terpaksa menggantung operasi selama 22 hari akibat sekatan (lockdown) Covid-19, kilang pengeluaran kereta elektrik milik Tesla Inc yang bertapak di Shanghai telah dibenarkan untuk memulakan semula perniagaannya.

Namun kurang daripada 3 minggu kemudian, kilang pengeluaran yang sama terpaksa menggantung semula operasi sekali lagi ekoran masalah bekalan yang timbul.

Sejak memulakan operasinya semula pada 19 April lalu, kilang Tesla di Shanghai dikatakan telah mengeluarkan lebih kurang 1,200 unit kenderaan setiap hari.

Antara rancangan utama kilang tersebut adalah untuk meningkatkan hasil pengeluaran ke tahap pra-Covid menjelang minggu hadapan, selain turut mengunjurkan untuk mengeluarkan 2,600 unit kenderaan sehari bermula 16 Mei.

Sungguh pun begitu, rancangan tersebut secara kasarnya dilihat gagal untuk dilaksanakan kerana timbul isu bekalan sehingga memaksa kilang menghentikan operasi.

Menurut sumber, ia masih tidak jelas bila isu bekalan tersebut dapat diselesaikan dan masih tiada notis oleh pihak Tesla tentang bila mereka akan menyambung semula operasi.

Setakat yang diketahui pada masa ini adalah salah satu pembekal Tesla, Aptiv yang yang membuat wayar abah-abah terpaksa menghentikan penghantaran kepada kilang di Shanghai termasuk kilang General Motors selepas mendapati ada dalam kalangan pekerjanya mendapat jangkitan virus Covid-19.

Pihak Tesla masih belum mengesahkan perkara ini mahupun memberi sebarang kenyataan rasmi lanjut.

Dalam pada itu, gangguan yang berlaku kepada kilang Tesla di Shanghai telah menjadi salah satu kesan profil tertinggi daripada langkah pengawalan wabak oleh kerajaan China yang terbesar di negara itu.

Selain itu, persatuan kereta China melaporkan bahawa anggaran jualan kereta di China bagi bulan April akan merosot 48% dengan kilang terpaksa ditutup akibat Covid-19, yang menghadkan trafik ke bilik pameran dan memperlahankan perbelanjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat