Palestin-Israel Bakal Berbaik?

284

Palestin akan meneruskan kerjasama dengan Palestin yang dihentikan pada Mei lalu sebagai tindak balas berhubung pelan Israel yang mahu merampas wilayah Tebing Barat yang diduduki.

Menurut Menteri Hal Ehwal Awam dan sekutu rapat kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas iaitu Hussein al-Sheikh menerusi Twitter pada Selasa lalu, hubungan antara Israel akan kembali seperti sebelum ini susulan surat bertulis serta lisan rasmi yang diterima daripada Israel. Israel menyatakan komitmennya terhadap perjanjian terdahulu.

Pada Mei lalu, Abbas mengumumkan Palestin tidak akan terikat dengan sebarang perjanjian terdahulu yang ditandatangani dengan Israel dan menghentikan segala kerjasama dengan rejim Zionis termasuklah membabitkan isu keselamatan.

Bagaimanapun, lapor wartawan al-Jazeera, Harry Fawcett, keputusan Palestin itu menjejaskan usaha perdamaian Palestin dengan beberapa puak Palestin yang lain.

“Kumpulan Hamas dan beberapa puak lain mengkritik tindakan itu yang mengatakan Palestin mahu kembali bekerjasama dengan kuasa penjajah. Perbincangan mengenai kemungkinan perdamaian, pilihan raya di Palestin nampaknya samar-samar,” ujar Fawcett.

Israel merancang untuk merampas satu pertiga daripada Tebing Barat, termasuklah penempatan haramnya sebagai sebahagian daripada pelan yang didedahkan awal tahun ini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Rakyat Palestin berkata pelan rampasan itu akan menjadikan hubungan dua hala Palestin-Israel kian pudar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat