Pandemik Jejaskan Eksport Minyak Sawit, Harga Bakal Menjunam

402

Permintaan eksport minyak kelapa sawit dilihat susut ekoran wabak pandemik coronavirus pada tahun ini. Keadaan tersebut turut menjejaskan harga minyak kelapa sawit.

Sebagai salah satu pengimport utama minyak kelapa sawit, permintaan dari negara China, negara terawal yang diserang wabak telah menunjukkan pengurangan permintaan yang ketara.

Penganalisis industri, James Fry turut mendedahkan dalam tempoh sekatan pergerakan di negara itu telah menyebabkan kekurangan permintaan untuk satu bulan lebih rendah berbanding dengan apa yang dijangka sebelum Covid-19.

Membimbangkan lagi apabila penggunaan yang semakin berkurangan, berkemungkinan akan mendorong permintaan yang lebih merosot terhadap minyak kelapa sawit.

Malah, peralihan aktiviti makan di kedai berbanding makan di rumah kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) akan menyusutkan lagi permintaan minyak kelapa sawit. Ini kerana penggunaan minyak di restoran jauh lebih tinggi berbanding penggunaan kuantiti yang rendah di rumah.

Menjadi antara negara utama pengeluar minyak mentah kelapa sawit, Malaysia dan Indonesia perlu bersedia dengan permintaan eksport yang lemah pada tahun ini. Harga minyak sawit mentah yang telah turun sebanyak 25% tahun ini akan lebih terjejas dengan keadaan stok yang melonjak tinggi.

Untuk masa sekarang, keadaan harga minyak sawit mentah di Malaysia pada tahun ini telah menjunam hampir 25% manakala harga minyak mentah turun sekitar 50%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat