Pasaran Buruh Amerika Syarikat Telah Benar-Benar Pulih?

452

Dana tambahan yang diperuntukan khas untuk pembayaran faedah pengangguran mingguan yang disahkan oleh Presiden Donald Trump pada awal bulan Ogos telah semakin hampir habis digunakan.

Pembiayaan untuk program bantuan gaji yang memperuntukan dana tambahan $300 seminggu oleh kerajaan perseketuan kepada kebanyakkan penerima faedah pengangguran hanya mencukupi sehingga minggu yang berakhir pada 5 September.

Pada awal bulan Ogos, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif sebahagian daripada langkah untuk menghulurkan bantuan dana ekonomi kepada penduduk Amerika Syarikat yang terjejas akibat COVID-19. Langkah itu diambil setelah pakej rangsangan bernilai 3 triliion dolar gagal mencapai kata sepakat anggota kongres.

Perintah eksekutif tersebut termasuk bantuan $300 kepada rakyat Amerika Syarikat yang menganggur setelah penggubal undang-undang gagal mencapai kesepakatan sebelum penambahan faedah pengangguran $ 600 seminggu berakhir pada akhir Julai.

Pentadbiran Rumah Putih tidak memberikan apa-apa komen mengenai isu pendanaan tersebut. Walaubagaimanapun, permohonan faedah pengangguran negeri gagal menurun seperti yang diharapkan minggu lalu. Disisi lain, tanda-tanda kehilangan pekerjaan masih kelihatan kerana pentadbiran AS masih berusaha sedaya upaya mengendalikan impak Covid-19!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat