Pasaran Forex Masih Stabil Sebelum Laporan Minit Mesyuarat FOMC

54

Matawang US dolar menyusut berbanding enam matawang utama pada hari ini berikutan keraguan pemain pasaran sepanjang minggu ini terhadap reformasi kod cukai sebelum akhir tahun.

Dolar U.S sedikit tertekan apabila pertelingkahan antara Presiden Donald Trump dan Senator Republik, Bob Corker telah meraih tumpuan pemain pasaran yang dibimbangi mendatangkan kesan buruk terhadap perlaksanaan reformasi kod cukai.

Pemain pasaran juga memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Fed yang akan dikeluarkan pada awal pagi Khamis. Pada mesyuarat bulan lalu, Fed telah memberi isyarat bahawa akan ada lagi sekali kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.17% kepada 92.93 setakat pukul 10.55 malam

EUR/USD meningkat sebanyak 0.26% kepada 1.1840 yang merupakan peningkatan tertinggi sejak 26 September berikutan ketegangan politik Sepanyol yang semakin reda.

Presiden Catalan Carles Puigdemont membuat kenyataan bahawa beliau akan menangguhkan perlaksanaan itu untuk beberapa minggu lagi bagi membuka laluan kepada dialog dengan kerajaan Sepanyol selepas menandatangi dokumen berkenaan pengisytiharan kemerdekaan bagi Catalonia pada hari Selasa.

Matawang Sterling pula menyusut berbanding dolar apabila GBP/USD menyusut 0.11% iaitu 1.3190.

Yen pula menguat, apabil USD/JPY merosot 0.23% kepada 112.18 setakat pukul 10.57 malam.

Manakala matawang Austalia dan New Zealand dolar menguat, apabila AUD/USD meningkat 0.09% iaitu pada 0.7784 dan NZD/USD meningkat 0.18% kepada 0.7082.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat