Pasaran Komoditi Merosot, Emas & Minyak Susut Lebih Rendah

1,439

Kemerosotan ketara pada pasaran minggu lalu merekodkan penurunan mingguan terbesar harga minyak sejak 2020 susulan langkah pengeluaran besar-besaran Amerika Syarikat (AS) pada simpanan minyaknya.

Tindakan tersebut turut disertai oleh ahli Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) selepas Presiden AS Joe Biden mengumumkan langkah tersebut pada Khamis, mendorong harga minyak susut kepada 7%.

Biden umumkan pelepasan minyak sehingga 1 juta tong sehari untuk tempoh 6 bulan bermula Mei, menjadikan jumlah 180 juta tong sebagai pelepasan terbesar oleh Strategic Petroleum Reserve (SPR) AS.

Sementara negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) bersama sekutu termasuk Rusia, tersekat dengan rancangan peningkatan pengeluaran 432,000 tong sehari pada Mei, ekoran tekanan oleh pergolakan di Barat.

Perkembangan bagi komoditi logam kuning pula, harga emas telah mencatatkan penurunan pada Jumaat lalu selepas reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP sedikit menyokong pengukuhan US dolar.

Penurunan harga emas bersambung pada pembukaan di awal sesi dagangan minggu ini mencecah ke paras sekitar $1,915 pada penghujung sesi Asia.

Peningkatan pada hasil perbendaharaan 10-tahun AS juga turut memberi kesan mempengaruhi penurunan tarikan pelabur terhadap emas.

Penganalisis pasaran komoditi juga percaya, jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah yang berterusan oleh Federal Reserve (Fed) akan menyukarkan peningkatan emas dengan tekanan pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Namun begitu, tidak mustahil untuk emas masih mendapat tarikan disebabkan konflik di antara Rusia dan Ukraine yang masih berisiko.

Ketegangan yang boleh tercetus semula boleh mendorong lonjakan semula terhadap dagangan logam kuning berharga itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat