Pasaran Terkejut, Ekonomi Kanada Catat Pertumbuhan Luar Dari Jangkaan Pada Bulan Julai!

176

Aktiviti ekonomi Kanada tanpa diduga mencatat pengukuhan sebanyak 0.1% pada bulan Julai, didorong oleh pengeluaran minyak pasir yang kukuh, manakala keluaran dalam negara kasar. Bacaan data KDNK bulan Julai ini telah menghadirkan sedikit kelegaan . Waima begitu keluaran dalam negara kasar berkemungkinan besar tidak berubah pada Ogos.

Penganalisis yang ditinjau oleh Reuters telah meramalkan KDNK akan jatuh 0.1% pada bulan Julai dari Jun. Namun ianya tersasar malah ekonomi mengukuh 0.1% pada bulan Julai berdasarkan laporan Statistik Kanada. Statistik Kanada berkata pertumbuhan dalam industri pengeluaran barangan berjaya mengimbangi penurunan.

Pengekstrakan minyak pasir melonjak 5.1% pada bulan Julai pada pengeluaran yang lebih tinggi, sebahagiannya mengimbangi penurunan dua bulan. Sektor pertanian Kanada juga membantu memacu pertumbuhan ekonomi, dengan pengeluaran tanaman meningkat 7.2%, terutamanya pada jumlah gandum dan bijirin lain.

Permintaan untuk gandum Kanada telah meningkat sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Sektor perdagangan runcit menguncup mendadak pada Julai, jatuh ke paras terendah sejak Disember 2021, diterajui penurunan 7.1% dalam pengeluaran di stesen minyak, lapor Statscan.

Penginapan dan perkhidmatan makanan juga menguncup pada Julai, sekali lagi penurunan pertama sejak Januari, didorong oleh kurang aktiviti di bar dan restoran.

Dolar Kanada didagangkan 0.43% lebih rendah pada 1.3667 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat