Pelabur Mula Letak Harapan Pada Pasaran Saham

220

Pasaran saham Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan ekoran keyakinan pelabur yang semakin tinggi terhadap penyelesaian isu perang dagangan yang berlaku sekaligus dapat mengawal kejatuhan ekonomi.

Keyakinan pelabur ditafsirkan menerusi indeks Dow Jones yang menokok 249.78 mata kepada 26,135.79 mata, S&P 500 naik 34.97 mata kepada 2,923.65 mata dan Nasdaq meningkat 106.82 mata kepada 8,002.81 mata.

Meskipun Donald Trump berkali-kali menyebut soal perang dagangan ini, beliau juga cuba untuk meredakan ketegangan dengan menulis didalam akaun media sosial Twitter yang menyatakan AS dan China sedang berunding dan berharap supaya perang dagangan ini akan berakhir agar ekonomi AS kembali pulih.

People’s Bank of China yang juga merupakan bank pusat bagi negara China bertindak menurunkan kadar faedah bagi memudahkan pinjaman kepada badan korporat mahupun syarikat dengan kos yang lebih rendah. Ini dapat membantu meningkatkan peluang pekerjaan serta ekonomi negara.

Tumpuan pelabur kini mula terarah kepada pandangan White House mengenai situasi ekonomi yang dilihat memberi gambaran yang kurang menyenangkan. Persatuan Ekonomi Perniagaan Kebangsaan menerbitkan sebuah laporan yang menyebut 74% dari ahli ekonomi AS yakin bahawa dalam tempoh 2 tahun lagi bakal berlaku kemelesetan ekonomi.

Ketika ekonomi dunia mula goyah, beberapa bank pusat mengambil inisiatif dengan menurunkan kadar faedah, mengukuhkan kedudukan kewangan dan memperkenalkan beberapa rangsangan baru dengan harapan dapat membantu meningkatkan ekonomi bukan sahaja di negara sendiri malah di negara serantau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat