Pelaburan Bon Asing Dari Jepun Merosot Minggu Lalu

50

Aliran modal masuk ke dalam pasaran bon Jepun berkurangan minggu lepas seperti yang ditunjukkan oleh data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Jepun pada Khamis.

Pelaburan bon oleh penduduk Jepun di luar negara pula susut sebanyak 1.28 trillion Yen pada minggu berakhir 21 April berbanding kejatuhan 795.9 billion Yen pada minggu sebelum itu.

Pelabur asing pula dilihat membeli sehingga 258.4 billion saham pada tempoh sama berbanding minggu sebelum itu di mana pembelian mencecah sehingga 314.8 billion Yen.

Hasil bon 10-tahun kerajaan Jepun susut ke paras di bawah kosong peratus minggu lalu yang merupakan kali pertama sejak November. Hasil bon ini kembali positif pada Rabu di paras 0.01 peratus.

Harga bon kerajaan Jepun berada di bawah tekanan minggu ini dengan sentimen pasaran yang semakin baik dalam pasaran kewangan selepas undian pusingan pertama pilihanraya Perancis.

Nikkei 225 telah mendapat keuntungan hampir 900 mata dalam masa empat hari dagangan dengan Yen terus melemah sejak minggu lepas.

Nilai Yen telah melemah dalam keseluruhan minggu ini dan sedang didagangkan pada paras terendah dua minggu lau berbanding US dolar. Manakala US dolar pula masih belum mendapat momentum dari perancangan cukai Trump dengan kebimbangan kepada kehilangan pendapatan kerajaan yang begitu besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat