Pembukaan Semula Sempadan Cetus Kegembiraan MAHB & AirAsia

151

‘Dengar cerita Din Dolar dah siap packing nak balik Australia dan Sis Forex dah booked tiket balik Kanada.’

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan prestasi syarikat akan bertambah baik menjelang 1 April apabila sempadan negara dibuka semula seterusnya akan meningkatkan pergerakan trafik penumpang antarabangsa.

Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan berkata pembukaan semula sempadan akan menjadi titik perubahan kepada ekonomi Malaysia.

Tambahnya lagi, beliau menjangkakan terdapat peningkatan pergerakan trafik penumpang antarabangsa.

Beliau turut menambah bahawa MAHB menyokong penuh usaha kerajaan dengan memastikan kualiti perkhidmatan di lapangan terbang berada di tahap terbaik bagi menerima ramai penumpang pada bulan mendatang.

MAHB adalah salah satu kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi bilangan penumpang yang dikendalikan.

Ia mengurus serta mengendalikan sebanyak 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki.

Sebagai makluman, sebelum pandemik Covid-19 melanda, Malaysia menerima 26 juta pelancong, seterusnya menjana RM86 bilion perbelanjaan pelancongan.

Dalam satu berita berasingan, Capital A (AirAsia) turut menzahirkan rasa gembiranya dengan pembukaan semula sempadan negara.

Satu kenyataan oleh pihak AirAsia berkata mereka mengalu-alukan pengumuman tersebut dan ia komited untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi menerima lebih ramai pelancong ke dalam dan luar negara.

Umum mengetahui bahawa AirAsia sudah memulakan beberapa perkhidmatan antarabangsanya sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat