Pengasas Bersama Dogecoin Buat Pendedahan, Ini Jumlah Pegangan Dan Peranan Terkini Beliau!

1,775

Baru-baru ini, pengasas bersama Dogecoin, Billy Markus mendedahkan aset Dogecoin yang telah dimilikinya. Tambahnya lagi, pada saat ini, beliau telah memiliki kira-kira 220,000 DOGE yang bernilai sekitar $42,000.

Markus telah mendedahkan nombor tersebut itu didalam tweetnya sambil menjelaskan peranan semasanya dalam projek Dogecoin. Beliau menekankan bahawa beliau tidak bercakap sebagai orang yang pernah berada dalam projek Dogecoin atau namun hanya sebagai ahli komuniti.

Walaupun begitu itu bukan bermakna beliau tidak menyokong Dogecoin, katanya:

“Saya akan mempertahankan mereka yang terlibat sama dalam projek yang sedang giat membuatkan projek ini lebih baik. Saya juga akan memberi kritikan bagi mereka yang harus ditegur”.

Markus mengambil sikap yang lebih santai dan sangat berbeza daripada rakan kongsinya Jackson Palmer, yang telah berulang kali menunjukkan rasa meluat terhadap Dogecoin dan pasaran kripto. Pada bulan Julai lalu, beliau menyatakan bahawa pasaran kripto telah tercemar dengan kapitalisme dimana ia memperkayakan lagi individu yang telah kaya sambil membenarkan mereka terlepas daripada cukai.

Pengedaran Dogecoin sememangnya sangat tertumpu dibeberapa pemegang yang kaya walaupun dibandingkan dengan aset kripto lain seperti Bitcoin. Berdasarkan pendedahan nombor daripada Markus, dapat dikatakan bahawa beliau tidak tergolong dalam kelompok ini. Dalam masa yang sama pegangan beliau kurang memberi penangan untuk mempengaruhi pasaran.

Berikutan perdebatan Twitter baru-baru ini yang dicetuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Blok Jack Dorsey, Markus menambah bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita besar. Beliau lebih cenderung untuk membangun sesuatu yang bermanfaat, menjana wang dan menikmatinya.

Elon Musk disisi lain masih mengulangi pandangan beliau yang bersifat pro-Doge, dengan mengatakan beliau tetap pro-Doge atas sebab yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat