Pengasas Netflix Tawar Sumbangan Biasiswa Bernilai $120 Juta!

229

Pengasas Netflix, Reed Hastings dan isterinya, Patty Quillin telah menyalurkan sumbangan bernilai $120 juta kepada United Negro College Fund (UNCF) dan dua universiti orang berkulit hitam, Morehouse College dan Spelman College di Atlanta.

Sumbangan itu bertujuan untuk menyokong biasiswa pelajar Historically Black Colleges and Universities (HBCU) dan mampu menampung 200 pelajar yang mengambil pengajian penuh empat tahun dari kedua-dua universiti tersebut untuk tempoh lagi sedekad.

Malah, sumbangan itu juga merupakan satu bentuk sokongan keadilan perkauman yang didorong oleh kes pembunuhan George Floyd yang mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Dikatakan biasiswa yang disalurkan itu merupakan jumlah terbesar yang pernah dilakukan oleh seorang individu. Jumlah $120 juta dibahagikan kepada tiga institusi dengan setiap satunya menerima jumlah $40 juta.

Hastings menyifatkan pelaburan kepada pendidikan pelajar berkulit hitam merupakan pelaburan terbaik bagi menjamin masa depan Amerika yang cerah. Malah, mereka sudah lama menyokong ketiga-tiga institusi tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.

HBCU dipercayai wujud pada 1837 dan ketika itu Institute for Colored Youth di Cheyney, Pennsylvania merupakan institusi HBCU pertama yang diwujudkan sebelum penubuhan institusi lain.

Berbeza dengan institusi berkulit putih, Predominantly White Institutions (PWI), institusi HBCU memiliki sumber kewangan yang sangat sedikit dengan perbezaan sekurang-kurangnya 70% menurut laporan daripada American Council on Education.

Dilaporkan Hastings sangat mementingkan pendidikan dan mula menceburkan diri dalam reformasi pendidikan sejak akhir 1990-an termasuk menyokong piagam sekolah yang menjadi masalah utama pendidikan bagi komuniti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat