Pengeluaran Industri Jepun Meningkat Pada Disember

107

Bacaan akhir bagi pengeluaran perindustrian di Jepun telah dikaji semula lebih tinggi pada Disember yang menunjukkan peningkatan yang lebih pantas dalam data yang dikeluarkan oleh kerajaan Jepun pada Selasa.

Pengeluaran perindustrian yang merupakan petunjuk kepada aktiviti perkilangan dalam sektor pembuatan, galian, dan utiliti naik 0.7% berbanding November. Bacaan ini lebih tinggi dari bacaan awal yang dikeluarkan bulan lalu iaitu 0.5% tetapi rendah daripada 1.5% yang direkodkan pada November.

Berbanding Disember 2015, pengeluaran perindustrian naik 3.2%, dengan penggunaan kapasiti meningkat 3.2% dalam industri  Jepun.

Dalam data yang dikeluarkan sebelum ini, ekonomi Jepun berkembang dalam kadar sederhana pada suku keempat 2016 walaupun kadar pertumbuhan kali ini memberi isyarat ekonomi Jepun yang sedang bergelut dengan deflasi dan kelemahan permintaan domestik.

Penggunaan oleh sektor swasta yang mewakili sebahagian besar ekonomi domestik di Jepun tidak berubah pada suku keempat. Manakala penggunaan oleh kerajaan naik 0.4%.

Yen yang lemah telah banyak memberi faedah kepada eksport Jepun pada tempoh sama. Eksport Jepun meningkat 2.6% yang terpantas dalam masa dua tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat