Dominasi Di Bawah Jangkaan Data Inflasi UK, Matawang GBP Menjunam

58

Harga pengguna susut 0.5% pada Januari dengan bacaan dari tahun ketahun naik 1.8% dari catatan 1.6% sebelum ini yang menunjukkan harga lebih banyak jatuh pada tempoh tersebut. Peningkatan tahunan 1.8% adalah di bawah jangkaan 1.9%, tetapi masih menjadi catatan tertinggi sejak Jun 2014.

Pound Sterling jatuh mendadak selepas data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd melemah hampir 100 pip ke paras terendah 1.2442. Manakala Eur/Gbp menguat 50 pip dan Gbp/Nzd  melemah sehingga 130 pip.

Data ‘teras-inflasi’ (core-inflation) tidak berubah dari 1.6% sebelum ini dengan jangkaan kenaikan 1.7%. Manakala ‘indeks harga runcit’ naik dari 2.5% kepada 2.6% berbanding jangkaan 2.8%.

Data inflasi UK kali ini yang kebanyakan kurang dari jangkaan akan menjadi perhatian sama ada kenaikan inflasi sebelum ini hanyalah kesan jangka pendek sahaja, khususnya dengan bukti harga barang di kedai-kedai yang begitu lemah. Oleh sebab itu, hal ini mengurangkan potensi kepada Bank of England untuk mengetatkan polisi dalam jangka masa terdekat dan telah melemahkan matawang Gbp sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, tekanan inflasi akan terus diperhatikan dalam beberapa bulan akan datang dengan kesan kelemahan Pound Sterling yang agak lambat kepada pasaran. Tambahan lagi dengan tekanan oleh harga pengeluar pada Januari yang terus meningkat.

Bagaimana Pemuzik Jazz Ini Menyandang Jawatan Tinggi di Wallstreet

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat