White House Sahkan Perletakan Jawatan Michael Flynn Sebagai Penasihat Keselamatan Negara AS

53

General Michael Flynn ini telah meletakkan jawatan sebagai penasihat keselamatan negara di bawah Pentadbiran Donald Trump selepas beberapa minggu dikaitkan dengan hubungan bersama Russia.

Beliau meletakkan jawatan kira-kira pukul 11.00 di Washington DC.

Flynn sebelum ini didakwa telah membincangkan mengenai sekatan perjalanan di AS dengan Duta besar Russia di dalam satu panggilan telefon sebelum Trump mengambil alih jawatan secara rasmi sebagai Presiden AS. Justeru, sekatan itu dikaitkan oleh ugutan dari Russia.

Tindakan Flynn itu juga dikatakan telah menyalahi undang-undang kerana private citizens dikatakan tidak layak untuk menjalankan sebarang bentuk diplomasi dengan mana-mana negara.

Beberapa individu dari Parti Demokrat juga telah menggesa agar Flynn dipecat.

Dalam surat peletakan jawatannya, Flynn berkata bahawa beliau secara tidak sengaja sebelum ini telah memberi maklumat mengenai panggilan telefon dengan duta Russia tersebut kepada Naib Presiden AS dan beberapa individu yang lain.

Buat masa ini tempat Flynn akan digantikan oleh Lt Gen Joseph Keith Kelogg sebagai pengganti sementara untuk menjawat jawatan tersebut.

Flynn yang juga Leftenan Tentera Umum Bersara pada mulanya menafikan perbincangan beliau mengenai isu sekatan dengan duta terbabit.

Dua Peristiwa Penting Ini Punca US Dollar Menjunam!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat