Pengumuman Keberkesanan Vaksin Telah Pengaruhi Corak Pelaburan Pasaran!

433

Perkembangan pengumuman vaksin Covid-19 yang memiliki tahap keberkesanan yang tinggi telah berjaya meningkatkan harapan pasaran sekaligus mendorong pemain pasaran cenderung melakukan pelaburan berisiko.

Menurut sebuah kenyataan, vaksin coronavirus yang dibangunkan oleh syarikat ubat AstraZeneca dan Universiti Oxford menunjukkan keberkesanan sebanyak 70% dalam percubaan yang melibatkan 23,000 individu. Tambahan daripada itu, keberkesanan yang dicatatkan adalah antara 62% hingga 90% bergantung kepada dos vaksin.

Pengeluar vaksin tersebut akan mempersiapkan penyerahan data kepada pihak berkuasa di seluruh dunia yang mempunyai persetujuan awal. Laporan vaksin AstraZeneca ini dikeluarkan selepas laporan vaksin Moderna Inc yang berpangkalan di AS mengumumkan bahawa vaksin mereka memiliki tahap keberkesanan 94.5% lebih berkesan dalam mencegah pandemik Covid-19.

Pada hari Ahad, pegawai kesihatan Amerika Syarikat mengatakan bahawa pengedaran vaksin boleh diedarkan seawal pertengahan bulan Disember.

Rentetan daripada peristiwa ini, Paul Donova, yang merupakan ketua ekonomi di UBS Global Wealth Management  menyatakan bahawa harapan terhadap vaksin telah meningkatkan minat terhadap aset berisiko.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama catat penyusutan sebanyak 0.39% kepada paras tukaran 92.037.

Disisi lain matawang euro terus mengukuh kepada paras tukaran 1.19 berbanding US dolar. Pemimpin Kesatuan Eropah akan meneruskan perbincangan mengenai rancangan pemulihan Covid-19 yang bernilai 1.8 trillion euro.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat