Apakah Nasib Saham Top Glove Kalau Macam Ni?

1,053

Top Glove Corp Bhd mengesahkan bahawa pihaknya akan menjalankan penutupan sementara 28 kilang di Klang, Selangor berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerjanya. Untuk pengetahuan semua, Top Glove yang merupakan pengeluar sarung tangan terbesar di dunia, mempunyai 41 kilang di Malaysia.

Merujuk kepada pengumuman oleh menteri kanan hari ini, Top Glove akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk melaksanakan penutupan sementara beberapa kemudahan pembuatan mereka di Meru, Klang.

Umum mengetahui bahawa, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa sebanyak 28 kilang Top Glove di Klang akan berhenti beroperasi secara berperingkat untuk membolehkan pekerja kilang menjalani pemeriksaan dan kuarantin wajib dalam usaha untuk membentuk penyebaran virus dalam kalangan pekerja mereka.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), kelompok Teratai yang dikaitkan dengan pekerja Top Glove melaporkan sebanyak 1,067 kes jangkitan Covid-19 baru hari ini.

Sehingga hari ini, terdapat 2,524 kes positif (43.8%) yang dilaporkan berkaitan dengan kelompok Teratai, dari jumlah keseluruhan 5,767 individu yang telah diperiksa. Manakala sebanyak 1,330 individu disahkan negatif, sementara 1,913 lagi masih menunggu keputusan.

Selain itu, jumlah kes aktif terbaru di kluster, melibatkan pesakit yang mempunyai risiko penularan tinggi dan harus dimasukkan ke hospital dan dikuarantin telah mencapai sebanyak 2,359 kes jangkitan.

Sehubungan dengan itu, Top Glove telah menghentikan sementara pengeluaran di 16 kemudahan di Meru sejak 18 November. Sementara itu, 12 kemudahan lain telah beroperasi dengan kapasiti yang jauh lebih rendah. Tambahan daripada itu, mereka tetap akan meneruskan ujian saringan Covid-19 yang disarankan KKM terhadap pekerja dan kakitangan kilang mereka di Meru, Klang. Hal ini demikian kerana keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan komuniti setempat adalah keutamaan mereka untuk membendung dan meratakan lekuk Covid-19.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat