Peningkatan Inflasi Akan Beri Kesan Pada ‘Tapering’? Ini Penjelasan Fed Bullard!

828

Presiden St. Louis Fed James Bullard pada hari Khamis beri amaran kepada para pelabur bahawa tahap inflasi yang tinggi pada ketika ini mungkin tidak mungkin mereda secepat yang diharapkan. Hal ini diutarakan oleh sebilangan para penggubal polisi. Bullard dalam masa yang sama turut mendesak bank pusat agar meneruskan program tapering seperti yang dirancang.

Bullar secara peribadi melihat bahawa kebarangkalian inflasi akan terus berlangsung untuk suatu jangka masa dengan kebarangkalian sebanyak 50%.

The Fed telah memberi isyarat dalam minit mesyuarat mereka bahawa mereka boleh mula mengurangkan rangsangan ekonomi yang diberikan ketika krisis pandemik bermula pada pertengahan November walaupun di tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi, dan mengatakan pengurangan program pembelian bonnya akan berlangsung sehingga pertengahan tahun hadapan.

Bullard merupakan salah satu penyokong kuat dalam kalangan para penggubal polisi yang menyeru mempercepatkan program tapering oleh the Fed yang dilaksanakan pada awal pandemik Covid-19 sebagai langkah untuk menstabilkan pasaran kewangan dan memastikan kos pinjaman tetap rendah.

Bullard turut mengatakan bahawa beliau ingin menyelesaikan tapering seawal suku pertama 2022 kerana hal ini akan membolehkan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah lebih cepat dari yang dijangkakan jika kadar inflasi tetap tinggi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat