Perang Hawkish Berterusan, RBNZ Naikkan Kadar 75 Mata Asas!

220

Perjuangan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dalam memerangi inflasi diteruskan dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada Rabu (23 November).

Ini sekali gus menjadikan kadar tunai rasmi (OCR) meningkat kepada 4.25%, tertinggi sejak Januari 2009.

Lebih banyak lagi kenaikan dijangka bakal dilaksanakan pada pertemuan akan datang, dengan pasaran meramalkan OCR memuncak pada 5.5% pada suku ketiga 2023.

RBNZ berkata OCR perlu mencapai tahap lebih tinggi dan pantas daripada yang dianggarkan sebelum ini bagi mengembalikan inflasi ke julat sasarannya dalam jangka sederhana.

Bank pusat itu kekal lebih hawkish daripada rakan serantaunya di Australia, yang telah memperlahankan kenaikan kadarnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Malah, ketika perbincangan dasar yang berlangsung hari ini turut menyaksikan pembuat dasar mempertimbangkan untuk menaikkan kadar sebanyak 100 mata asas.

Ia sebagai tindak balas terhadap inflasi yang melambung tinggi dan kadar pengangguran yang rendah menyokong kes untuk mereka meneruskan pengetatan agresif.

Sungguhpun hawkish, namun RBNZ meramalkan ekonomi akan mengalami penguncupan selama empat suku berturut-turut bermula dari suku kedua tahun depan.

Kesannya selaras dengan langkah agresif yang dilaksanakan bank pusat itu, yang melihat inflasi tahunan akan perlahan kepada 5% menjelang akhir 2023.

Ekoran daripada keputusan ini, dolar New Zealand melonjak tinggi berbanding US dolar dengan jangkaan RBNZ akan terus hawkish melaksanakan pengetatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat