Pergerakan Gila Harga Minyak Sehingga Menjunam Ke Paras Negatif Mengejutkan Pelabur

3,350

Harga minyak melonjak lebih $20 setong pada dagangan sesi Asia hari ini, tetapi kekal didagangkan di bawah harga $0 setelah menjunam ke paras negatif buat pertama kali dalam sejarah diheret oleh kejatuhan permintaan dan lebihan bekalan akibat pandemik coronavirus.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat bagi bulan Mei yang berakhir pada hari ini, meningkat $21.96 kepada $-15.67 setong setelah jatuh ke paras terendah $-37.60 setong pada sesi sebelumnya.

Sementara itu, harga kontrak bagi bulan Jun pula aktif diperdagangkan di sekitar harga $22.00 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah Brent pula meningkat kepada $26.20 setong.

Harga minyak selama ini telah berada di bawah tekanan disebabkan sekatan perjalanan dan penutupan industri-industri untuk membendung penularan wabak coronavirus telah mengurangkan sehingga 30% daripada permintaan minyak global.

Bukan itu sahaja, malah kejatuhan harga minyak ini turut memberi kesan kepada matawang komoditi dan aset berisiko lain sehingga menyebabkan pelabur beralih kepada aset yang lebih selamat.

Hal ini telah memberi kesan kepada matawang berkait dengan minyak, iaitu dolar Kanada untuk diniagakan lemah berbanding US dolar.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan meningkat kepada $99.98. Dagangan US dolar meningkat sedikit berbanding safe-haven yen dan diniagakan stabil berbanding Swiss franc.

Selain itu, dolar Aussie kekal di bawah tekanan selepas penerbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) dengan diniagakan menyusut berbanding US dolar. Pelabur kini menantikan ucapan Gabenor RBA Philip Lowe pada tengah hari ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai polisi monetari semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat