Pertemuan Dua Pemimpin Korea Bantu Tingkatkan Sentimen Pasaran

442

Sentimen global semakin baik selepas pertemuan antara kedua-dua pemimpin Korea Kim Jong-Un dan Moon Jae-In bertemu pada Jumaat. Kesan langsung positif kepada matawang Won Korea Selatan yang menguat berbanding US dollar. US dollar pula mengukuhkan kedudukannya pada Jumaat berbanding matawang utama yang lain dengan indeks US dollar naik 0.20% pada awal sesi Eropah.

Ribuan wartawan telah membuat liputan pertemuan bersejarah antara dua pemimpin Korea di wilayah gencatan senjata sempadan kedua-dua negara. Hampir 2,000 wartawan dilaporkan berada di wilayah itu untuk melihat Kim Jong Un buat pertama kali secara langsung.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berjanji tidak akan menganggu tidur Presiden Korea Selatan Moon Jae-In lagi dengan ancaman ujian peluru berpandu dan program nuklearnya. Kim Jong Un dilaporkan berkata akan menghentikan ujian peluru berpandu dan nuklearnya sehingga tidak mengganggu tidur Moon lagi.

Isu pelucutan senjata nuklearnya memang menjadi salah satu fokus Korea Selatan dalam pertemuan pada hari ini. Isu nuklear Korea Utara menjadi kebimbangan di Semenanjung Korea sejak kedua-dua negara terpisah pada akhir Perang Dunia kedua.

Moon berharap pertemuannya dengan Kim hari ini dapat diteruskan di masa hadapan sambil berharap pertemuan seterusnya boleh diadakan di Pyongyang.

Presiden Korea Selatan menilai pertemuan dengan pemimpin Korea Utara adalah sangat penting kerana harapan besar rakyat yang mahu melihat perdamaian kedua-dua negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat